Hai 19.

Hai.
Saya suka ais.
Walaupun selsema, batuk, sakit tekak, telinga hampir pekak,
saya tetap setia dengan ais.

Memang seksa menaip entry yang dah 2-3 hari bertangguh dengan sebelah hidung tak leh bernafas.

Julai
Birthday aku.
Tahun terakhir bergelar belasan tahun ok.
Tahun depan dah masuk 20-an.

Aku rasa macam baru semalam ambik UPSR.
*tangan di bahu mata pandang atas*

Untuk tahun ke-19 aku hidup ni,
Aku doa supaya Allah ampunkan semua dosa aku sama ada yang sengaja atau tak.
Panjangkan umur aku, keluarga, guru2, kawan2 n semua muslim.

Aku rasa life aku dah sempurna.
Cukup.

Hidup yang sederhana,
Keluarga yang kecil,
Rumah yang sedang2,
Bilik yang tak sempit,
Terpaksa kumpul duit sendiri untuk beli top up pun,
Kawan yang tak ramai,
tapi 
Aku cukup. sangat. sangaattt. saaannggaatttt bahagia.

Family aku kecik, abah ummi aku n adik.

Tapi 
aku ada atok, maksu mak ndak pakteh mak tam, 
sepupu yang gila ramaiiiii.
Aku ada adik2 sepupu yang akan nyanyi untuk aku setiap kali birthday aku.
Adik sepupu yang belikan hadiah untuk aku dan tunggu aku balik kampung.
Maksu yg mintak maaf sebab konon2 aku merajuk dia melawak dengan aku.
Maktam yg pandai buat telur dadar.
Sepupu yang gila rapat dengan aku.
Mak sedara sepupu sepapat kat kampung yang tunggu aku dan family balik kampung.

Kawan aku tak lah ramai sangat.
Biasalah aku kan tak hot.
Tak cantik pulak tu.
See see mana ada gambar aku kat fb kan?
Tapi!
Aku ada kawan yg akan sama2 susah n senang dgn aku.
Aku tak kisah tak ramai kawan.
cukup walau sorang kawan tapi aku tau dia sanggup berkorban untuk aku.
dan aku rasa.
Aku dah ada. Malah lebih dari yg aku harap.

Rumah yg kecil tapi aku dapat apa-apa yang mampu ummi bagi kat aku.
TAK PERNAH kekurangan.
Malah kadang2 lebih dari apa aku nak.
*walaupun tahun ni umi lupa birthday aku*

Dan.

Aku rasa, semua yang aku ada sekarang CUKUP SEMPURNA.
Aku takkan gadaikan apa-apa untuk semua yang aku dah ada ni.
Dulu, sekarang atau bila2 pun.

Terima kasih untuk semua yang pernah hadir selama 19 tahun aku hidup ni.
Terima kasih sebab buat hidup aku yg biasa ni terasa hebat dan sempurna dengan kehadiran anda semua.

Hai 19.
Be nice to me.
Please.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH.
:)

0 comment:

Post a Comment

A Comment For This?

PlainRainbows.Copyrights Reserved@2010.