Nasihat.


Assalamualaikum semua.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Agama adalah nasihat".
Para sahabat bertanya: Untuk siapa?
Rasulullah S.A.W. menjawab : "Untuk Allah, Rasul-Nya, KitabNya,para pemimpin dan orang ramai."
(Hadis sohih Riwayat Imam Muslim dalam Kitab al-Imam)

Nasihat untuk Allah:
Menepati hukum-Nya, menegakkan agama-Nya dan hukum-hakam-Nya kerana Allah semata-mata. Bukan mengampu sehingga tidak berani untuk mencegah kemungkaran malah hanya menyuruh yang baik secara terhad dan menjadi pengecut untuk menegak kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin di dalam negara.


Nasihat untuk Rasulullah:
Menjadikan baginda contoh teladan di dalam semua perkara. Menepati sunnahnya dan meneruskan ajarannya setelah baginda wafat. Nasihat kerana Rasulullah sentiasa hidup, tidak wafat dengan kewafatan baginda, juga mencontohi keberanian baginda yang tidak gentar menghadapi sesiapa, walaupun kuasa besar dunia.


Nasihat kerana kitab Allah:
Menegakkan isi kandungannya dalam segenap aspek. Ia termasuk akidah, syariat, akhlak, dan sistem kehidupan seluruhnya termasuk dalam perkara undang-undang supaya diamalkan dengan tepat dan sepanjang zaman tidak akan berubah apa-apa. Juga menasihati mereka yang tidak beramal dengan cara yang tidak tepat supaya memperbetulkannya dengan cara menepati matlamat hukum yang terdapat di dalam kitab Allah S.W.T


Nasihat untuk Pemimpin:
Nasihat juga menjadi hak rakyat, untuk memberi nasihat kepada pemimpin dan menerima nasihat di kalangan mereka serta menerima nasihat daripada pemimpin. Rakyat juga berperanan untuk menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan.


Nasihat untuk Orang Ramai(Muslimin dan Muslimat)
Setiap dari anda mempunyai hak sebagai saudara seiman untuk saling menasihati setiap kemungkaran di depan mata. Masalah pada zaman ini adalah anda sering melupakan tanggungjawab menasihati itu. Ada kerana tidak mahu mempedulikan orang lain, ada kerana takut yang lain berkecil hati dan ada yang mengatakan aib menegur orang lain. Fikirkan ini, "mampukah anda menjawab depan Allah S.W.T jika Dia bertanya kelak, Mengapa tidak menasihati saudara seimanmu itu?"

.............................................................................................................................................................


Allah berfirman melalui surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar."


.................................................................................................................................................................

Korang, STOP la cakap "kubur masing-masing",
"orang lain buat lagi jahat dari aku,kenapa tak g nasihat diorang?"
"kau cakap pandai je nak nasihat aku, diri sendiri dah betul?"

Nak nasihat atau menegur kalau nak tunggu diri sendiri sempurna,
jawabnya sampai akhirat takkan ada sesiapa menegur sesiapa.

Nak buat dosa, buat.
Tapi JANGAN bagi apa-apa alasan.
Sebab agama ALLAH dan cukup2 sempurna.
Ummat Islam je yang hipokrit tak ikut setiap ajaran.

Tak payah la nak cakap "bila kita buat semua soal, bila orang barat buat ok je"
Adui panas. Dah kalau kafir kau nak samakan dengan kita tamat cerita la.

p/s: Aku sayang semua saudara seIslam aku.
Dah-dahlah. Masa dah suntuk sangat2. 

:)



0 comment:

Post a Comment

A Comment For This?

PlainRainbows.Copyrights Reserved@2010.