Miss You :'(


Ya Allah hai rindunya kat Gaban.
Aku pergi kelas MAF harini dengan mata bengkak and kepala tak berapa betul.
Dah bangun tidur then tengok bekas minum dia pun aku still menangis lagi.
Tapi aku tak tunjuk sangat depan bebudak ni aku tengah sedih.
And aku tak cakap ape2 langsung unless diorang ada tanya aku.
Seriously aku tau and faham kalau bebudak ni rasa aku tak patut sedih macam tu pun hanya sebab sekor kucing. 
Gaban kan dah lama sakit, aku patutnya dah tau.
Orang yang betul2 bela kucing and dah fikir nak beli collar loceng tu, 
nak besarkan dia betul2, 
jaga dia time sakit,
and this gaban,
he even akan berlari sambut kitorang if kitorang baru sampai rumah.
Sumpah aku rindu sangat2.
Bg aku nasib dia malang walaupun kitorang jaga dia.
Dia tak pernah dapat minum susu mcm baby kucing yg lain.
Dia tak penah rasa ada mak dia yg akan protect dia.
I treat him like a family member.
Miko tak macam tu. Dia tak mesra dengan kitorang.
Kitorang pun tau, sebab dia ada mak, dia tak tau nak mesra dgn kami.
Untuk aku sendiri, 
aku dah redha.
tapi aku still ralat sebab saat2 last kitorang semua kat luar.
Aku kat kampus, abah ummi and adik kerja.
Macam mana dia hadap sendiri nak pergi tu?
Macam mana dia punya sakit tu?
Sumpah aku balik2 tengok bangkai dia aku nangis tak mau2.
Ummi tanam dia sambil nangis.
Sedih memang sedih.
Tapi bila fikir balik, dah tak nampak gaya dia akan sihat.
We've done almost everything.
Tak tahu apa punca sebenar yg buat dia sakit sampai mcm tu.
Aku tau mungkin umm silap sebab tak nampak dia keluar rumah.
Lepas dia keluar rumah and balik dengan badan penuh lumpur dari longkang je baru dia start sakit. Kejap2 sakit. Kejap2 taknak makan, taknak minum.
Ummi cakap dia betul2 berdosa, pada aku kami yg jaga dia ni sama2 rasa berdosa.
Orang lain boleh ketawa atau fikir "Apalah diorang ni, setakat binatang je. Bukan lama pun diorang hidup"
Yes, aku tau. Aku dulu pun macam tu. Even lagi teruk. 
Dulu aku fikir, kucing2 yang mix je layak disayangi.
Yang local ni stok kat tong sampah je.
Orang luar taktau.
Taktau Allah bagi gaban kat aku ni, aku belajar banyak sangat benda.
aku start sedar, binatang pun ada perasaan. Dulu aku rasa diorang ni just robot.
Aku start belajar yg walau penat mcm manapun, tanggungjawab atas setiap benda hidup nak2 lagi yang kita jaga, mesti kena jaga betul2.
Paling2 penting, aku start belajar hargai setiap benda2 kecik yg aku ada.
Aku takut hilang something atau someone tanpa sempat aku jaga betul2. 
Aku tak pernah bawak gaban tido dengan aku dlm bilik. 
Dia selalu kena tepis n tendang dari kitorang sebab time kitorg buat kerja dia sibuk dtg gigit n cakar2. 
*I missed those things he did that I've hate before.
And itu betul2 buat aku rasa hargai setiap orang dlm hidup.
Aku still ingat last time aku sentuh dia, time subuh sebelum aku pergi kampus.
Dia betul2 nampak dah tak larat masa tu. Dia just pandanggg aku.
Ya Allahh sayunya hati aku teringat dia.
Kalaulah aku tau itu last day dia, aku takkan tinggal dia. Biarlah tertinggal kelas penting mana pun. Aku boleh catch up balik.
Peeps, you can't simply said these animals doesn't play any role in any part of your life.
You NEVER knew. 
Allah pinjamkan Gaban sekejap je kat kitorang.
It was such a big honour bagi aku. :')
Itu buat aku sedar Allah bukan bagi kita hidup kat dunia ni semata2 untuk kita
Rezeki yg kita ada bukan semata2 untuk kita.
Tak.
Aku still menangis sambil buat entry ni, yaAllah rindunya aku kat Gaban..
Aku doa sangat2 aku dapat jumpa dia balik masa akhirat nanti.
Aku tau kalau refer pada mana2 atau sapa2 ,
memang jawapannya, haiwan akan jadi debu semula je, 
tapi, 'kun faya kun' kan?
Setiap kali setahun Gaban punya tarikh meninggal, aku akan solat hajat untuk jumpa dia nanti.
I have that faith.
That Allah doesn't ignore anything.
Apalagi doa kita kan?
Gaban, kitorang mintak maaf untuk apa je yg dah sakitkan gaban.
Kitorg harap sgt time hari pengadilan Gaban ingat lagi kitorg.
Dapat usap dia lagi sekali pun dah terlalu bersyukur..
Takkan ada pengganti dia.
Aku syg lagi dua ekor ni, tapi aku rasa betul apa orang selalu ckp.
First love takkan ada pengganti. :')
To all, you'll never understand this entry before you get into this situation.
Trust me. 


0 comment:

Post a Comment

A Comment For This?

PlainRainbows.Copyrights Reserved@2010.