Habit


Yalah memang habit buruk boleh ubah,
tapi kalau tak urgent nak ubah, tak payah lah kan?
Aku rasa, since aku dilahirkan memang habit aku ni malas.
Malas yang amat amat.
Dulu aku malas solat.
Tapi sejak2 dah masuk lendu ni, dapat roomate semua yang azan terus solat,
Alhamdulillah aku dah dapat atasi, lagipun itu wajib kan.
Satu lagi ponteng.
Ada satu benda je aku kesal dengan habit malas n ponteng aku ni.
Aku takda weh gambar konvo time tadika yang pakai jubah biru tu.
Aduai.
Ingat nak edit pic time umur 6 tahun, letak jubah n pegang sijil.
Aku try tanya mak aku kenapa aku takda sijil konvo time tadika.
Dia cuma cakap sebab aku tak pegi tadika.
Aku taknak bangun pagi, kalau pegi pun nanti time rehat lepas makan aku balik.
Lastly tak sampai sebulan pun lekat kat tadika.
Time sekolah rendah, aku rasa boleh kira dengan jari berapa hari aku tak ponteng time darjah satu.
Tapi time tahap dua aku rajin. Sebab dah pakai baju biru bodoh dengan skirt tu.(pengawas)
Tapi lepas habis exam upsr tolonglah jangan tanya apa yang berlaku kat sekolah.
Sehari pun aku tak pegi kecuali time jamuan akhir tahun.
Naik sekolah menengah jangan cerita.
Habit pemalas diselang seli dengan pertembungan kawan sekelas yang suka ponteng jugak.
1 pemalas + 10 pemalas = INFINITY.
Tapi aku still terkilan sebab tak dapat banggakan ummi bila satu sekolah dgn dia.
Masuk Univ aku rasa walaupun banyak kelas aku ponteng,
tapi aku sebenarnya dapat control banyaakk sangat berbanding zaman sekolah.
Cuma kawan2 situ yang tak biasa habit macam aku memang akan pandang aku pelik lah.
Aku akan ubah kalau ada something yang betul2 perlu.
Masalahnya ponteng kelas bagi aku tak penting mana,
even aku pegi kelas tapi tak dapat apa, baik tido kan? (ini lect aku ckp, bukan aku)
Takdalah, habit ni memang tak baik,
tapi aku rasa bila bab peraturan duniawi mcm ni semua sibuk nak patuh,
kalau ponteng solat@puasa tak ada siapa nak gelabah.
Aku tak mampu nak pentingkan habit remeh ni.
Cuma lately, aku terasa menyesal jugak dengan habit aku ni.
Takkan seumur hidup aku nak kawan2 kenal aku dengan perangai macam ni walaupun bukan lah satu jenayah kan?
Tak apa, move on je.
Aku tak reti fikir banyak2.
:)



0 comment:

Post a Comment

A Comment For This?

PlainRainbows.Copyrights Reserved@2010.